Assalamualaikum semua pada blogger yg disayangi chewahh hahaha emm nak share skit pasal masalah sosial dikalangan remaja pada masa sekarang...masalah sosial berlaku
di kalangan remaja kini seperti
pergaulan bebas
mereka sanggup melakukan apa
saja tanpa memikirkan batas
budaya dan agama malah paling
membimbangkan, masalah
hubungan seks luar nikah yang
sudah menjadi amalan biasa
remaja kini emm mcm2 yg berlaku skrg ni kan adehh
n masalah lain seperti bunuh diri,
buang bayi dan pelacuran
menyebabkan generasi remaja akan
datang hilang pedoman serta
terus terumbang-ambing.
mungkin jugak faktor2 berlaku
hubungan seks luar nikah adalah
kesulitan untuk bernikah secara
betul dan mengikut prosedur
ditetapkan.
Disebabkan terikat dengan
prosedur, sesetengah remaja
mencari jalan mudah dengan
melakukan hubungan seks luar
nikah... Pe langkah2 terbaik
untuk mengelakkan
diri daripada terjebak dengan
masalah ini?
Ada dua persoalan iaitu
1)permasalahan sosial remaja 2)urusan pernikahan
Dalam negara kite peraturan
pernikahan yg disyaratkan
bertujuan supaya perkahwinan
umat Islam dilaksanakan
mengikut hukum bertujuan
membina kesejahteraan pa
sangan yang akan dan sudah
berkahwin nanti manakala
peraturan ini amat wajar
dihormati.
Masalah sosial di kalangan
remaja memang berlaku dan
menjadi kerisauan umum kerana
mereka pewaris bangsa amat
penting remaja kita cemerlang.
Tapi kite xleh menyalahkan remaja 100%sbb masalah sosial remaja bukan
berlaku tanpa sebab. Faktor
berlakunya masalah sosial
remaja ada pelbagai dan amat
wajar ditangani, remaja berada
dlm golongan umur yang
memerlukan bimbingan. Masalah len akan timbul
dr kesan negatif seperti membunuh diri,
buang bayi dan pelacuran.
Masalah len jugak berpunca
daripada ke
pincangan didikan agama dan
keruntuhan didikan moral.
Kegagalan institusi keluarga
memainkan peranan sebagai
contoh yang baik dan semakin
mengheret remaja jauh daripada
kebenaran n kesedaran.
Remaja perlu disediakan dengan
pengukuhan sistem ke
keluargaan yang
menitikberatkan pengukuhan
nilai murni pada peringkat awal
lagi. Pembangunan nilai
berasaskan agama, persediaan
memasuki alam remaja dan
ketahanan diri menghadapi
pergolakan sosial perlu ditanam
dalam institusi keluarga. Selain 2
sekolah, rakan sebaya,
masyarakat dan media massa
juga berperanan dalam
membina jati diri remaja.
P/s :- Emm marilah kita sama2 berusaha
keras utk melindungi dan
memayungi diri remaja serta
membantu mereka mencari arah
untuk meniti kejayaan
cemerlang pada masa hadapan.
Thursday, February 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








3 ¢0MMΣnt:
skrg ni mcm2 kes da jd..budak2 pun skang da pndai layan bnda2 x elok..susah nk cegah kalau bnda tu terpampang depan mata..tul x..
yup~ betol tu.. tapi yang pasti kalu nak tegur biar berhemah.. nice..
kita semua kena sesama sedarkan...
Post a Comment