Sunday, May 10, 2015

Azul Authentic Nasi Kukus Batu Caves


Kejadian tempohari aku bersama-sama kelab blogger benashaari menyerbu restoren nasi kukus yang teramat awesome. Restoran Azul Authentic ni sebenarnya berkonsepkan minimalis dan simple, restoran ni terletak di No.47 jalan ps8 prima selayang km15 jalan rawang 68100 batu caves dan beroperasi dari pukul 10 pagi - 6 petang setiap isnin hingga sabtu , nak lebih mudah korang waze je , landmark dia berdepan dengan  UITM kampus selayang ..





Terdapat 3 jenis nasi kukus yang berlainan lauk 
1) Nasi kukus ayam berempah 
2)Nasi kukus daging kerutuk 
3)Nasi kukus ikan keli berempah
kalau nak makan nasi kukus ni korang kena minum dengan  RUT BEER FLOAT orang kata serasi la dengan nasi kukus yang pasti penggunaan santan yg rendah kolestrol dlm setiap masakan , dan penggunaan MSG yg minima dlm sesetengah makanan sahaja


                                                       Nasi kukus ayam berempah


                                                       Nasi kukus ikan keli berempah


                                                             Nasi kukus daging kerutuk


Mee Kari




Rojak buah

Rut beer float



untuk keterangan lanjut boleh contact di talian 
019 633 9005| 018 369 8456
(khidmat delivery juga di sediakan)


Alamat :

AZUL AUTHENTIC NASI KUKUS 
No. 47, Jalan PS8, 
Prima Selayang, KM15 Jalan 
Rawang, 
68100 Batu Caves, Selangor

Read More

Saturday, May 9, 2015

BLOGGER'S DAY OUT DI KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA BERSAMA KELABBLOGGERBENASHAARI



Huhu segala yang di rancang oleh KelabBloggerBenAshaari berjalan lancar  di Tasik Komuniti Taman Tasik Cyberjaya pada 26 april 2015 yang penuh dengan kemudahan-kemudahan yang orang kata memang terbaik la , tempat pun bersih dan tenang je yang penting semua happy je kih3 kadang2 tengah duduk sorang2 belek-belek gambar tergelak aku tengok berbagai aksi-aksi menarik yang para blogger buat ahahahaha


7.00-8.00 pagi 
Sesi pendaftaran dan sarapan pagi 

8.00-9.00 pagi 
Taklimat dan bacaan doa oleh blogger abg huszaini , dan sedikit taklimat oleh blogger  lan careno dan selepas itu barulah aktiviti



GOLF
haaaa ni aktiviti pertama kitaorang game orang kaya ahaaa memang best n lawak pon ade bila para blogger nampak je mcm hebat tapi bila pukul tak pernah kene bola walaupon beberapa kali cuba kah3x



BADMINTON
Ni game yang paling senang tak bosan dan tak penat!!! betul ke? yuppp diakui memang havoc giler,korang bayangkan satu team 6 orang(sekali masuk) ,satu raket camne tu nak pukul bola?? so ikut pandai diaorg main pasing2 raket sampai ade yang tergolek-golek 


GO KART

ni aktiviti yang paling ditunggu-tunggu setiap bloggger yang hadir pada hari tu tak kire mak orang or laki orang semua main gitewww, tak main memang rugi!! kat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya macam-macam ade 



PAINTBALL
Aktiviti tembak menembak berjalan seperti yang diharapkan, ade yang tak sabar siap tertanya-tanya main pukul berapa hihihi sabar naaa...sebelum ini kelab blogger benashaari pernah 2,3 kali main paintball disini, 


Setiap permulaan pasti ade pengakhirannya kan so Alhamdulillah semua aktiviti berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah , kelabbloggerbenashaari memang terbaik, tq kepada founder kelab abg Ben Ashaari , Ajk-ajak yang hensem dan cantik ,para2 blogger kelabbloggerbenashaari yang sporting dan , buat penaja - penaja terutama orang kuat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya , Cosmoderm ,



AJK KELABBLOGGERBENASHAARI

PENAJA-PENAJA

Read More

Thursday, April 23, 2015

KBBA Blogger's Day Out | Tasik Cyberjaya

Haaa nak cete sikit lagi beberapa hari je lagi Kbba akan membuat aktiviti blogger's day di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya pada 26 April 2015 pada hari AHAD



KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.
Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa..  Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008atau tengok sendiri di instagram KKTTC , @kelabkomuniticyberjaya.

Tentang BLOGGER’S DAY OUT  ( KBDO) ni .. Seramai 100 blogger akan sertai aktiviti yang telah dirancang seperti golf , badminton dan paintball. Tapi game-game ni telah diubah konsepnye , haaaa mesti lagi menarik eee tak sabar plak , apa-apa pun ini aktiviti pertama dan trbesar bg KBBA jadi tidak di buka kpd umum , inshaaAllah next event akan trbukan kpd semua tapi sesiapa yg sudi datang untuk berkenalan sangat2 di alu alukan ...

Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :
Cyberview cyberjaya www.cyberview.com.my
Cosmoderm www.cosmoderm.com.my
Yeos Malaysia www.yeos.com.my
Stamp N Print Enterprise www.stampnprint.blogspot.com
Natalia www.natalia.my
Read More

Sunday, April 5, 2015

Rumah Idaman Ciptaan Sendiri

Bermula dengan melukis bulatan di atas tanah, dan dalam tempoh hanya enam minggu berjaya mewujudkan rumah percutian menakjubkan di tengah-tengah ladang mangga di Thailand

Apabila kebanyakan orang bayangkan rumah impian mereka, sebuah vila yang megah, yang menelan belanja berjuta-juta dolar datang ke fikiran. Steve Erin, membuat rumah yang luar biasa untuk kurang daripada $ 10,000 dolar.

keseluruhan projek itu dibuat untuk harga rendah yang rendah sebanyak $ 9,000 dolar. Ini memerlukan banyak usaha peribadi, kreativiti dan penambahbaikan. Tetapi apabila anda melihat keputusan akhir, anda memahami ia adalah bernilai setiap titisan peluh.





Read More

Tuesday, February 3, 2015

Artist Mencipta Seni ikonik Menggunakan Bahagian Basikal Lama

Artis fanatik Jenny Beatty, 31, dari New York menggunakan bahagian-bahagian basikal ganti seperti rantai, skru untuk mencipta seni terkenal dan ikon dalam projek "100 Hari".

Dalam siri ini unik dan kreatif bertajuk 100 Hoopties dia mencipta seni album terkenal dari Nirvana, logo dari orang-orang seperti Adidas dan kerja-kerja seni yang terkenal oleh René Magritte.












Read More

Saturday, January 31, 2015

Dating Dengan Blogger Ben Ashaari

Alkisah petang semalam tengah berwassup dalam group bersama2 geng2 kelabbloggerbenashaari dengan xde angin,ribut mahupon taufan tibe2 bro ben ajak g tengok midnight movie wahhhh aku mmg xpernah keluar berdua dgn bro ben rase mcm pelik je laki klua berdua aummmm haha sebelum ni just keluar ramai2 je dengan geng kelabbloggerbenashaari

Dalam kul 10 lebih aku n bro ben singgah makan dlu la mengisi kekosongan perut yang berbunyi2 ni ermmm kitaorrang lepak kat presint 15 aka diplomatik lepak makan kat  RESTOREN THAI TOMYAM KUNG, PRESINT 15 PUTRAJAYA...aku makan ladna hehehe boleh tahan gak lah ..bro ben makan pe tah aku pon lupe nak tanye...lupe nak snap pic bro ben malu katanye hahaha





Dalam pukul 11:30 mlm kitaorang bergerak ke alamanda untuk meruskan agenda yg sebenarnye, sebelum 2 usha2 trailer nmpk menarik je cete ni sbb 2 kitaorang exited coz bruce wills ade berlakon lgpon aku memang minat kalau orang tua ni berlakon mantap n bersahaja 


Dalam kul 12:25 maka start lah movie yang ditunggu2 ni, permulaan yang baik tp bila separuh jalan aku n bro ben dah start jd confius n pelik hahahahaha, tp tengok jugak sampai habis fuhhhhhhh RUGI n x berbaloi lak rase aduhhh seriusly memang xBEST aku bg 2 bintang je tau...ermmm dah bis cete cepat2 aku blah hahaha xde feel tp yang paling best aku xbayar tiket 2 coz bro ben yang BELANJA so aku x rugi just rugi masa ERMMM... 
Read More

Friday, January 9, 2015

Kapal Terbesar Didunia Sedang Dibina

Kapal terbesar didunia yang sedang dibina di Korea Selatan. gambar ini diambil dari majalah Wired adalah oleh jurugambar Alastair Philip dan menunjukkan skala yang besar binaan kapal. Kapal dalam gambar ini adalah salah satu daripada 20 yang akan dibina dalam kontrak yang bernilai $ 3.8 bilion. sila lihat dengan mata yang terbeliak ok










Read More
© KyLe RiL All rights reserved | Theme Designed by