Thursday, February 24, 2011

Elakkan Gejala Sosial!!!

Assalamualaikum semua pada blogger yg disayangi chewahh hahaha emm nak share skit pasal masalah sosial dikalangan remaja pada masa sekarang...masalah sosial berlaku
di kalangan remaja kini seperti
pergaulan bebas
mereka sanggup melakukan apa
saja tanpa memikirkan batas
budaya dan agama malah paling
membimbangkan, masalah
hubungan seks luar nikah yang
sudah menjadi amalan biasa
remaja kini emm mcm2 yg berlaku skrg ni kan adehh
n masalah lain seperti bunuh diri,
buang bayi dan pelacuran
menyebabkan generasi remaja akan
datang hilang pedoman serta
terus terumbang-ambing.
mungkin jugak faktor2 berlaku
hubungan seks luar nikah adalah
kesulitan untuk bernikah secara
betul dan mengikut prosedur
ditetapkan.
Disebabkan terikat dengan
prosedur, sesetengah remaja
mencari jalan mudah dengan
melakukan hubungan seks luar
nikah... Pe langkah2 terbaik
untuk mengelakkan
diri daripada terjebak dengan
masalah ini?
Ada dua persoalan iaitu

1)permasalahan sosial remaja 2)urusan pernikahan

Dalam negara kite peraturan
pernikahan yg disyaratkan
bertujuan supaya perkahwinan
umat Islam dilaksanakan
mengikut hukum bertujuan
membina kesejahteraan pa
sangan yang akan dan sudah
berkahwin nanti manakala
peraturan ini amat wajar
dihormati.
Masalah sosial di kalangan
remaja memang berlaku dan
menjadi kerisauan umum kerana
mereka pewaris bangsa amat
penting remaja kita cemerlang.
Tapi kite xleh menyalahkan remaja 100%sbb masalah sosial remaja bukan
berlaku tanpa sebab. Faktor
berlakunya masalah sosial
remaja ada pelbagai dan amat
wajar ditangani, remaja berada
dlm golongan umur yang
memerlukan bimbingan. Masalah len akan timbul
dr kesan negatif seperti membunuh diri,
buang bayi dan pelacuran.
Masalah len jugak berpunca
daripada ke
pincangan didikan agama dan
keruntuhan didikan moral.
Kegagalan institusi keluarga
memainkan peranan sebagai
contoh yang baik dan semakin
mengheret remaja jauh daripada
kebenaran n kesedaran.
Remaja perlu disediakan dengan
pengukuhan sistem ke
keluargaan yang
menitikberatkan pengukuhan
nilai murni pada peringkat awal
lagi. Pembangunan nilai
berasaskan agama, persediaan
memasuki alam remaja dan
ketahanan diri menghadapi
pergolakan sosial perlu ditanam
dalam institusi keluarga. Selain 2
sekolah, rakan sebaya,
masyarakat dan media massa
juga berperanan dalam
membina jati diri remaja.

P/s :- Emm marilah kita sama2 berusaha
keras utk melindungi dan
memayungi diri remaja serta
membantu mereka mencari arah
untuk meniti kejayaan
cemerlang pada masa hadapan.

Saturday, February 5, 2011

Air Mata Wanita !!!

assalamualaikum semua :) lame x update en3 huhe bz2..en3 kali ni pasal air mata wanita jom2 ikuti kisah ni..
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Wednesday, February 2, 2011

Mengkritik??Terkritik?

Assalamualaikum semua setelah menghilangkan diri selama seminggu(BZ) so en3 kali neh berkenaan dgn etika ketika nak mengkritik xkisah la kritik pe pun...pe kene dgn rokok kretek lak? Haha saje2 je ngade2 ltk tajuk mcm 2 wawawawaw...ok2 contoh dlm dunia blog dah jadi asam garam setiap blogger pasti pernah kene kritik or terkritik orang len tol x eleh jgn xngaku la aku tahu hahaha tapi betul ke care korang kritik 2???xterasa ke ati orang 2 bila korang pergi serang orang 2 tanpa memikirkan hati diaorg...jika korang berasa kurang senang terhadap seseorang n ingin memberitahunya, elakkan dari bersikap melulu/terburu-buru n jgn gelojoh sgt...kenali dahulu etika mengkritik agar kritikan itu dapat diterima secara positif. Kata orang, nak komen pun biar kena caranya jgn hentam trus barulah orang tak sakit hati.K kat sni aku de senaraikan 5 etika so jom kita layan.....


1.Jangan sesekali mengkritik di

depan orang lain. Tindakan korang

akan memalukan dirinya, dan

dianggap tidak profesional,

malah ini boleh mengundang

rasa tidak puas hati orang lain

terhadap anda juga.so berhati-hati la

ek t xpasal2 korang plak dikritik haha

2.Cuba mulakan teguran korang

dengan pujian atau kata-kata

yang membina dahulu bg hati diaorg

rase tenang dlu n pas2 barulah start kritik

3. Ciptakan suasana

‘bersahabat’ sebelum anda

memulakan 'serangan' alah wat mcm kwn2

dlu pas2 tegor la pe yg korang rasa xpuas ati 2 tp jgn la lbh2 ek...

4. Nak kritik itu biarlah pada tindakan/

perbuatan/perangai diaorg tapi bukan

pada

orangnya.

5. Kena Ikhlas ketika mengkritik tau

bukan sbb untuk menunjukkan

kuasa atau siapa lebih pandai beselah

manusia mana de yg sempurna kan


P/s : nak kritik 2 blh tapi biarlah dgn care yg betul n setiap org pasti de kelemahan yg kita sendiri xnmpk melainkan org len yg tego tentang kelemahan kita kui3x
 

★I Am Who I Am★ I DONT WISH 2 BE EVERYTHING 2 EVERYONE BUT I WOULD LIKE 2 BE SOMETHING 2 SOMEONE Design By KyLe RiL