Showing posts with label Tentang Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Tentang Lelaki. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

3 Rahsia Lelaki

LELAKI, LELAKI N LELAKI itulah lelaki so meh bc skit en3 den tentang LELAKI.... den senaraikan 3 rahsia lelaki yg patut(patut ke??)kaum wanita tau...

1) Lelaki BOLEH memisahkan hidupnya dengan perhubungannya. Kalau kerja yang dia sedang fokus, lelaki akan beri tumpuan 100% untuk siapkan kerja tersebut.


Kalau ada masalah besar yang sedang sahabatnya hadapi dan dia bantu berfikir untuk selesaikannya, dia akan curahkan tumpuan yang sepenuhnya sehinggakan perkara lain harus diketepikan dahulu. Kalau percintaannya yang sedang difikir untuk diselesaikannya, dia boleh jadi seorang yang cukup romantic.


Wanita pulak berbeza. Sekali dah terima seorang lelaki dalam hidupnya, perhubungan itu boleh dikatakan adalah hidupnya!


Dua perkara ni wanita rasa susah nak pisahkan. Sepanjang hari bayangan kekasih berada didepan mata. Masa kerja, tengah ‘meeting’..senang cakap selagi tak tidur!


2) Lelaki selalunya simpan dalam dirinya, tak nak bercakap, menerangkan dengan lebih lanjut sesuatu perkara kalau dia tak nak. Tapi taklah bermakna ada yang tak kena dengan anda dan langsung tak bermaksud yang dia tak cintakan anda. Dia hanya tak nak bercakap,berbincang dan menerangkan perkara tersebut buat MASA INI, itu saja.

Kalau anda rasa cara dia respon terhadap pertanyaan anda tu macam nak tak nak jer, macam malas nak jawablah senang kata walaupun anda tau ada sesuatu dalam fikiran dia, adalah amat baik kalau anda biarkan dia dulu. Jangan buat pertanyaan bertalu-talu untuk menunjukkan yang anda ni begitu mengambil berat kononnya.


Ketahuilah bahawa dia sedang menenangkan dirinya, dia sedang memulihkan tenaganya supaya dia dapat kekuatan semula untuk menyelesaikan apa yang sedang dia lalui. Masa ini, jangan kata anda, sesiapa juga takkan dapat mengetahui apa dalam fikirannya kerana dirinya belum bersedia untuk bercerita.


3) Harga diri, kepuasan lelaki selalunya datang dari kejayaannya dalam hidup, kerjaya, apa yang diceburi dan sedang di usahakannya, bukan saja dari perhubungannya dengan anda.

Katalah dia buat sesuatu kerja kat pejabat tak siap lagi, atau apa jer dia tengah usahakan tak jadi atau gagal, dia TAKKAN rasa puas dan lega dan perasaan ini secara tak langsung akan memberi kesan ke atas anda juga, antaranya mungkin anda akan rasa tumpuan dia terhadap anda macam dah kurang.


Oleh tu jangan cepat buat kesimpulan terlalu awal kalau anda rasa tiba-tiba dia macam tak romantik, macam tak sayangkan anda atau rasa macam dia tak beri perhatian kepada anda. Selalunya, kalau anda berfikiran begitu, anda pasti silap.


p/s :- Perlu anda faham, tak perlu mendapatkan cinta si dia dengan mengubah siapa diri anda. Salah satu resepi utama mengekalkan cinta dan perhubungan yang berkekalan dengan si dia ialah: Anda hormat dan sayang diri anda di atas siapa diri anda dan apa yang anda lakukan. Kalau ini anda buat, si dia akan hormat dan cintakan anda!
Read More

Wednesday, January 19, 2011

Kasihan Lelaki Xensem...Hurmm

Assalamualaikum semua en3 petang ni berkenaan pandangan perempuan(pendapat je k) terhadap lelaki x encem n lelaki ensem...emm wahai lelaki korang tergolong dalam kategory yg mana? Ensem or X? Biar xensem asal baik ati, bia xensem asalkan jujur, ensem saje xgune gak kalu yg len hancurr waaa start mengarut dah aku neh ok2 jom usha2 hehe

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap :- woow,
cool giler...
Kalau lelaki tak handsome
pendiam
Perempuan akan cakap :- eh
perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat
jahat
Perempuan akan kata :- nobody's
perfect
Kalau lelaki tak handsome
berbuat jahat
perempuan akan cakap :-
memang.... muka pun macam
pecah rumah!

Kalau lelaki handsome
menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap :-
wah.. machonya.. macam hero
filem!
Kalau lelaki tak handsome
menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata :- entah2
kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat
perempuan cantik
perempuan akan kata :- sepadan
sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat
perempuan cantik
perempuan akan kata :- mesti
kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal
kekasih
perempuan akan kata :- jangan
sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome
ditinggal kekasih
perempuan akan kata :-
(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah,
patutlah, tengok saja
luarannya)...

Kalau lelaki handsome
penyayang binatang
perempuan akan cakap :
-
perasaannya halus...penuh kasih
sayang
Kalau lelaki tak handsome
penyayang binatang
perempuan akan cakap :- sesama
keluarga memang harus
menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa
BMW
perempuan akan cakap :
-
matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa
BMW
perempuan akan cakap :- bang,
bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau
bergambar
perempuan akan cakap :- pasti
takut kalau2 gambarnya
tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak
mau bergambar
perempuan akan kata :- tak
sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang
air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap :- ini
barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome
menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap :- naluri
pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih
hati
perempuan akan cakap :- let me
be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome
bersedih hati
perempuan akan kata :- kuat
nangis!! lelaki ke bukan ni?

P/s :- wa xensem waaaaaaaaaaa
Read More

Tuesday, January 11, 2011

Lelaki Menangis????

Kenapa?
Korang ingat, lelaki tak boleh menangis ke? Jangan hanya ingat perempuan je yang boleh menangis. Lelaki pun boleh menangis gak.
Tetapi korang mesti tertanya-tanya, kenapa jarang sangat tengok lelaki menangis. Kalau korang tengok lelaki je, mesti korang kata, “Ala, lelaki…Tunjuk macho la tu…” Lelaki sebenarnya bukan tak nak menangis, tetapi dorang pandai menghargai sebenarnye. Kan
kalau kite menangis, kite keluarkan air mata. Yang lelaki ni bagus, dorang nak simpan air mata dorang tu. Nak bersihkan mata katanya. Selain daripada itu, lelaki ni suke perempuan puji dorang. Kalau lelaki tak menangis je, perempuan akan cakap ayat ni lagi, “Ala, lelaki… Tunjuk macho la tu…” Bukan lelaki nak berbangga-bangga, ataupun riak. Dah perempuan nak puji.Dah perempuan nampak ke-macho-an lelaki. …Pemikiran lelaki dengan perempuan memang berbeza.Perempuan kalau tengok cerita yang sedih-sedih, mesti menangis. Tapi bila lelaki tengok cerita yang sedih-sedih, dorang akan rilek je. Cool. Takde nangis-nangis ni. Buat penat je. Dah la dorang penat balik dari kerja. Ni balik rumah nak nangis-nangis pulak. Tambah lagi penat ada la.… Lagi satu, lelaki kan dikenali dengan kekuatannya. Kalau menangis, habis la dorang punya kekuatan, ke-tough-an tu
semua hilang.kah3x poyo je kan bkn wa tp lu yg gah bc en3 ni...peaceeeeee :-)
Read More

Tuesday, December 14, 2010

Sifat Lelaki Vs Sifat Perempuan

 Meh kita tengok perbezaan antara keduanya

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga
Read More

Saturday, December 11, 2010

Tips Stylo Untuk Si Jejaka

Aksesori

Sebenarnya untuk gaya yang hebat, kamu tidak perlu sarat dengan pelbagai aksesori. Cukup hanya sekadar mengenakan seutas jam tangan sebagai pelengkap imej dan gaya. Kamu tentu tampak lebih tampan dan berkeyakinan.

Gaya macho

Tidak perlu kamu ‘control macho’ untuk bergaya. Jadilah diri kamu yang sebenar di mana sahaja. Dalam bergaya, pemilihan kasut juga memainkan peranan penting buat si jejaka. Jangan pakai ikut suka sahaja. Jika kamu inginkan gaya yang ringkas, jangan pula kamu memakai kasut kulit apabila memakai jeans atau t-shirt. Sebaiknya, kamu boleh memakai kasut yang lebih ‘sporty’ seperti kasut sukan. Kamu akan nampak lebih bergaya dan sebelum keluar rumah, jangan lupakan untuk semburkan sedikit minyak wangi!


Tips lebih segak

1. Untuk tampil lebih ranggi, cukup hanya padanan t-shirt dan seluar dari warna yang senada.
2. Pada mereka yang berkulit cerah, kamu sesuai memakai warna biru lembut, coklat, kuning air, putih gading dan biru gelap. Seboleh-bolehnya elakkan dari memakai warna jingga, ungu, merah atau merah jambu.
3. Bagi yang berkulit hitam manis pula, elakkan dari memakai warna-warna yang gelap seperti hitam, coklat gelap, turquoise, magenta dan hijau epal. Apa kata kamu pilih warna seperti putih, khakis, biru cair atau kelabu.
4. Jadilah diri kamu sendiri dan jangan over ketika bergaya ok!
Read More
© KyLe RiL All rights reserved | Theme Designed by