Saturday, December 11, 2010

Tips Stylo Untuk Si Jejaka

Aksesori

Sebenarnya untuk gaya yang hebat, kamu tidak perlu sarat dengan pelbagai aksesori. Cukup hanya sekadar mengenakan seutas jam tangan sebagai pelengkap imej dan gaya. Kamu tentu tampak lebih tampan dan berkeyakinan.

Gaya macho

Tidak perlu kamu ‘control macho’ untuk bergaya. Jadilah diri kamu yang sebenar di mana sahaja. Dalam bergaya, pemilihan kasut juga memainkan peranan penting buat si jejaka. Jangan pakai ikut suka sahaja. Jika kamu inginkan gaya yang ringkas, jangan pula kamu memakai kasut kulit apabila memakai jeans atau t-shirt. Sebaiknya, kamu boleh memakai kasut yang lebih ‘sporty’ seperti kasut sukan. Kamu akan nampak lebih bergaya dan sebelum keluar rumah, jangan lupakan untuk semburkan sedikit minyak wangi!


Tips lebih segak

1. Untuk tampil lebih ranggi, cukup hanya padanan t-shirt dan seluar dari warna yang senada.
2. Pada mereka yang berkulit cerah, kamu sesuai memakai warna biru lembut, coklat, kuning air, putih gading dan biru gelap. Seboleh-bolehnya elakkan dari memakai warna jingga, ungu, merah atau merah jambu.
3. Bagi yang berkulit hitam manis pula, elakkan dari memakai warna-warna yang gelap seperti hitam, coklat gelap, turquoise, magenta dan hijau epal. Apa kata kamu pilih warna seperti putih, khakis, biru cair atau kelabu.
4. Jadilah diri kamu sendiri dan jangan over ketika bergaya ok!
KyLeRiL :-

3 comments:

Ujang9897 said...

nk stylo gak la..hee

sp said...

hohohoho stylo kah? ;p

KyLe said...

lelaki mesti nak nmpk stylo hohoho

© KyLe RiL All rights reserved | Theme Designed by