Showing posts with label Bebelanku. Show all posts
Showing posts with label Bebelanku. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Himpunan Madah Yang Menarik

 haaaaaaa wa mau kongsi sama semua orang madah pujangga yg menarik perhatian wa...wa lupe dah kat mn wa mik coz dah lame wa drafkan cume xpublishkan lagi sape2 yg tau sila bgtau wa ok ..sila pahami maksud ayat-ayat yang digunakan n renungkanlah okkkk


1)Dinamakan kentut hanya bila keluarnya angin di bawah, tetapi bila sudah keluar sekali dengan isi, ianya dinamakan berak”.. maksudnya : persepsi manusia selalunya dikaitkan dengan pandangan yg paling buruk. Jika ada 2 keburukan, selalu dilihat yg paling buruk. Jika ada 2 kebaikan pd seseorang, biasanya dilihat kebaikan yg paling kecik.

2)Sekalipun kentut tidak berbunyi, ia tetap akan berbau”.. maksudnya : suatu keburukan sekalipun tiada orang yg tahu, ia tetap merupakan suatu yg buruk.

3)Sedap sungguh hidung dikorek, tapi tahinya ditempek2″.. maksudnya : sekalipun kita bergembira menikmati hasil, bahan buangannya jangan dibiarkan merata2.

4)Apabila kentut dilepaskan, maka bersedialah untuk dibahan”.. maksudnya : Apabila kita melakukan kesalahan, maka bersedialah untuk dikutuk dan dihina serta dicaci-maki.

5)Sehebat2 ibu jari, ia tak mampu digunakan untuk mengorek hidung sedalamnya”.. maksudnya : orang yg hebat juga tak mampu melakukan semua perkara bersendirian.

6)Walaupun bulu hidung itu merimaskan, tetapi ia berfungsi sebagai penghalang habuk daripada terus masuk ke dalam lobang hidung”.. – maksudnya : ada kalanya, benda2 yg merimaskan kita itu adalah penyelamat diri kita sewaktu kita terleka.

7)Ketahuilah, sekuat mana pun bunyi dan bau sesebuah kentut, sesungguhnya ia telah melalui perjalanan yang berliku”.. maksudnya – di sebalik kejayaan seseorang itu, tersembunyi seribu satu kesusahan dan kepayahan serta pengorbanan.

8)Sehelai bulu hidung yang terkeluar, bisa menghancurkan kejelitaan sang wanita”.. maksudnya – hanya dengan sedikit keburukan walaupun yang tak disengajakan, akan menghalang pandangan orang daripada melihat kebaikan dan kecantikan yang lain pada seseorang.

9)Walaupun berak itu menyakitkan, ketahuilah, nikmat selepasnya lebih besar daripada rasa sakitnya”.. maksudnya – Nikmat itu lebih dirasai bila sebelumnya diuji dan diduga dengan kesusahan dan kesakitan.

10)Menahan berak akan menyebabkan wajah tak keruan”.. maksudnya : menahan perasaan akan menjadikan jiwa gelisah dan tak tenteram.

11)Apalah gunanya sotong banyak tangan dan dakwat, tapi tak pandai menulis”.. maksudnya : setiap kejadian ada fungsinya masing2.. belum tentu jika ada kelengkapan, ia akan ada kemahiran..

12)Hidung dah gatal nak bersin, tiba2 tak jadi”.. Maksudnya : suatu perasaan yg sangat tak best bila dah tiba masa nak meluah, tak jadi nak luah..

13)Dalam keasyikan mengorek hidung, ada kalanya terguris luka”.. Maksudnya : nikmatilah hidup ini dengan berhati2, ditakuti hadir musibah tanpa hikmah..

14)“Dalam matematik, 0 di depan itu memberi makna berbanding 0 di belakang”.. maksudnya : dalam perkiraan hidup, masa depan itu lebih bernilai berbanding masa lalu.

15)“Satu kentut lebih diingati berbanding seribu sendawa”.. maksudnya : org lebih mengingati bau berbanding bunyi.
Read More

Wednesday, October 30, 2013

Nak Belajar Ke Nak Bercinta?? Bebudak Zaman Dulu vs Zaman Sekarang...





Ok en3 kali ni wa mau kupas2 pasal WAJAR KE BUDAK SEKOLAH BERCINTA??? Kalu tanye pada korang mesti pernah kan bercinta masa zaman sekolah dlu hehe cinta monyet sehati sejiwa la konon2 tp bl bis skolah xde dah sehati sejiwa eleh2 jgn nak tipu lah haha tp de jugak yg berkekalan tol x :) tapi kan kalu ditanya pada ibu bapa atau orang dewasa, pasti diaorang menjawab “tidak wajar.”alasannye, mereka sepatutnya memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran dan bukan perkara yang boleh melalaikan tumpuan, btl jugak 2 kan org g skolah utk timba ilmu diaorang plak g timba cinta hek3x....ada ibu bapa berkata :-“Wang belanja sekolah pun ibubapa yang beri, mahu menanggung anak orang pula”atau , PMR
pun belum ambil sudah sibuk hendak bercinta...2 hingus pun suruh org kesat de hati nak bercinta ekeke....cinta di kalangan pelajar sekolah atau remaja sering dikaitkan dengan ‘cinta monyet ataupun cinta yang x bertahan lama tanpa matlamat perkahwinan....tapikan cube tanya pula soalan itu pada remaja, adakah wajar mereka bercinta? Rase2 pe jwp diaorg??? Mungkin ada yang menjawab: “alahhh nak merasai pengalaman baru je bkn wat pape pun ehehe(bdk 2 ckp bkn aku k)tapi kan kalu kita pk secare mendalam n teliti wajar ke remaja bercinta?? Kalu pk dr sudut len beselah 2 kan itu tanda mereka sedang akil baligh dan melalui proses perkembangan daripada kanak-kanak kepada alam remaja..Remaja lelaki yang sudah balighmanakala gadis yang kedatangan haid mempunyai perasaan semula jadi atau tarikan untuk berkawan pada rakan berlainan jantina btl x kwn2 :)..walau pe2 pun ibu bapa jgn lak lepas tangan mcm 2 je coz diaorg perlu la jugak memantau dengan siapa anak mereka berkawan n beritahu diaorg tentang adab dan batas pergaulan, pihak sekolah kn lah jugak wat pemantauan selama satu atau dua jam menerusi pendidikan agama atau moral....yang paling penting sekali ibu bapa perlu lah memberi panduan n menasihatkan anak mereka bahawa berkawan tidak menjadi kesalahan, tetapi perlu memastikan sejauh mana kejujuran kawan berkenaan....hadoii dah macam pakar motivasi plak aku neh hahaha eh2 de lg nak bebel ni.... sikap terbuka dengan anak mudah utk menasihatkannya mengenai perkara baik atau buruk...ibu bapa juga wajar bertanya anak sama ada dia mempunyai teman lelaki atau teman wanita...tanye je tapi ni bukan bertujuan utk menggalakkan anak 2 bercinta...tapi kalu blh nasihatkan mereka supaya utamakan pelajaran dlu hehehe kan sng blajar rajin2 dpt result gempak,msk U,dpt keje yg bagus n kawin :)

p/s :- wa xbercinta ms sekolah coz wa jujur belajar atas kehendak sndr bkn atas desakan ibubapa xmen la jiwang2 ni n atas sbb itulah result wa gempak 8E bkn senang nak dpt kah3x ....(abaikan)


Read More

Thursday, October 17, 2013

Pantang Wanita Kalau Lelaki Sebegini!!!!

moh bc psl pantang seorang wanita jika seorang lelaki yg berperangai seperti dibawah tp xsemua lelaki mcm 2 okkkk myb ade segelintir yg mcm 2 kui3x so ubah la skit mn yg rasa xperlu..


Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu,buat kopi,’angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopi dan tolong buka pintu tu.

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh.

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang buat dek terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan


p/s :- Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya.
Read More

Monday, October 14, 2013

KEKURANGAN BUKAN ALASAN

Esokkkk raye huhu wa xblik kg uwaaaaaa tp xpe coz wa beraya umah akak (PUNCAK ALAM) terubat gak ati keh3x....membe lak col ajak lepak  RAWANG jap rase mls nak drive pon ade maklumlah wa br blik kje mlm huhu tido pon x lagi ni mau terbeliak mata wa skrg..tgk2 jam dah kul 12 nak tido pekejadahnye makan pon x lg adoiiiii de bini kan senang leh tlg masakkan ye x....sementara gah online ni bek wa u en3 skit so trimelah persembahan dr wa....
tgk duk menung tetibe rs nak up something so layan je la en3 pendek ni hahaha...ceritanye bermula begini.......
nok kabo skit neh x semua orang yang berjaya  memiliki kesempurnaan sebelum mencapai kejayaan tanpa sebarang usaha
Ada gak  di antara mereka mengalami kekurangan fizikal tetapi masih mampu mengukir nama di dalam  sejarah sebagai orang yang berjaya.
Dengan ilmu yang ada mereka terus memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Jelas sekali bahawa mereka tidak pernah merasakan ada kekurangan pada diri mereka but mereka terus berbakti memenuhi kekurangan orang lain melalui curahan ilmu pengetahuan. tapi tah knp orang yang sempurna fizikal selalunye merasakan dirinya serba kekurangan???
banyak masa dihabiskan hanya untuk merintih dan menangisi kekurangan yang dirasakan.
So masalah seperti kesihatan, kewangan, perhubungan, status dan peribadi diri hanyalah penghalang sementara yang boleh dirobohkan.
Harus kita ingat juga bahawa ramai orang terkenal yang telah mencapai kejayaan dalam hidup ini tidak mempunyai pelajaran yang tinggi tapi masih mampu berbakti kepada orang lain. Mereka semua telah berjaya kerana mereka menjalani kehidupan ini dengan penuh gigih, tabah n yg penting xmudah berputus asa.
Satu sebab lagi, mereka tidak mengukur kejayaan hidup ini dengan harta dan kedudukan semata-mata tetapi mengukur kejayaan hidup dengan ketenangan jiwa serta keredhaannya menerima takdir yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Terimalah siapa diri kita seadanya nescaya ketenangan dan kebahagiaan itu pasti datang.

Read More

Sunday, October 6, 2013

Gejala Sosial!!!


Assalamualaikum semua...wa mau share skit pasal masalah sosial dikalangan remaja pada masa sekarang...masalah sosial berlaku di kalangan remaja kini seperti pergaulan bebas mereka sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan batas budaya dan agama malah paling membimbangkan, masalah hubungan seks luar nikah yang sudah menjadi amalan biasa remaja kini emm mcm2 yg berlaku skrg ni kan adehh n masalah lain seperti bunuh diri, buang bayi dan pelacuran
menyebabkan generasi remaja akan datang hilang pedoman serta terus terumbang-ambing....mungkin jugak faktor2 berlaku hubungan seks luar nikah adalah kesulitan untuk bernikah secara betul dan mengikut prosedur ditetapkan.Disebabkan terikat dengan prosedur, sesetengah remaja mencari jalan mudah dengan melakukan hubungan seks luar nikah... Pe langkah2 terbaik untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan masalah ini? Ada dua persoalan iaitu

1)permasalahan sosial remaja
2)urusan pernikahan

Dalam negara kite peraturan pernikahan yg disyaratkan bertujuan supaya perkahwinan umat Islam dilaksanakan mengikut hukum bertujuan membina kesejahteraan pasangan yang akan dan sudah
berkahwin nanti manakala peraturan ini amat wajar dihormati. Masalah sosial di kalangan remaja memang berlaku dan menjadi kerisauan umum kerana mereka pewaris bangsa amat penting remaja kita cemerlang Tapi kite xleh menyalahkan remaja 100%sbb masalah sosial remaja bukan berlaku tanpa sebab. Faktor berlakunya masalah sosial remaja ada pelbagai dan amat wajar ditangani, remaja berada dlm golongan umur yang memerlukan bimbingan. Masalah len akan timbul dr kesan negatif seperti membunuh diri,
buang bayi dan pelacuran. Masalah len jugak berpunca daripada ke
pincangan didikan agama dan keruntuhan didikan moral.Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai contoh yang baik dan semakin mengheret remaja jauh daripada kebenaran n kesedaran. Remaja perlu disediakan dengan pengukuhan sistem kekeluargaan yang menitikberatkan pengukuhan nilai murni pada peringkat awal
lagi. Pembangunan nilai berasaskan agama, persediaan memasuki alam remaja dan ketahanan diri menghadapi pergolakan sosial perlu ditanam dalam institusi keluarga. Selain 2 sekolah, rakan sebaya,
masyarakat dan media massa juga berperanan dalam membina jati diri remaja.

P/s :- Emm marilah kita sama2 berusaha
keras utk melindungi dan
memayungi diri remaja serta
membantu mereka mencari arah
untuk meniti kejayaan
cemerlang pada masa hadapan.
Read More

Friday, September 27, 2013

KRITIKAN, TERKRITIK, MENGKRITIK


en3 DEN kali neh berkenaan dgn etika ketika nak mengkritik xkisah la kritik pe pun...ok2 contoh dlm dunia blog dah jadi asam garam setiap blogger pasti pernah kene kritik or terkritik orang len tol x eleh jgn xngaku la den tahu hahaha tapi betul ke care korang kritik 2???xterasa ke ati orang 2 bila korang pergi serang orang 2 tanpa memikirkan hati diaorg...jika korang berasa kurang senang terhadap seseorang n ingin memberitahunya, elakkan dari bersikap melulu/terburu-buru n jgn gelojoh sgt...kenali dahulu etika mengkritik agar kritikan itu dapat diterima secara positif. Kata orang, nak komen pun biar kena caranya jgn hentam trus barulah orang tak sakit hati.K kat sni den de senaraikan 5 etika so jom kita layan.....


1.Jangan sesekali mengkritik di depan orang lain. Tindakan korang akan memalukan dirinya n dianggap tidak profesional,malah ini boleh mengundang rasa tidak puas hati orang lain terhadap anda juga.so berhati-hati la ek t xpasal2 korang plak dikritik haha

2.Cuba mulakan teguran korang dengan pujian atau kata-kata yang membina dahulu bg hati diaorg rase tenang dlu n pas2 barulah start kritik

3.Ciptakan suasana ‘bersahabat’ sebelum anda memulakan 'serangan' alah wat mcm kwn2 dlu pas2 tegor la pe yg korang rasa xpuas ati 2 tp jgn la lbh2 ek...

4.Nak kritik itu biarlah pada tindakan/perbuatan/perangai diaorg tapi bukan pada orangnya OK!!!!


5.Kena Ikhlas ketika mengkritik tau bukan sbb untuk menunjukkan
kuasa atau siapa lebih pandai beselah manusia mana de yg sempurna kan


P/s : nak kritik 2 blh tapi biarlah dgn care yg betul n setiap org pasti de kelemahan yg kita sendiri xnmpk melainkan org len yg tego tentang kelemahan kita kui3x
Read More

Wednesday, September 25, 2013

Tiga Kebahagiaan??


Dalam entry ni wa nak bebel skit psl kebahagiaan yg ade dikalangan korang tp bkn wa ok hahaha...ok2 yg pertama skali adalah keseronokan fizikal,memiliki perkara-perkara yang ketara adalah tentang mendapat kepuasan fizikal melalui memenuhi lima deria. Ini tahap kebahagiaan yang baik. Tanpa menjaga keperluan fizikal kita, kita akan mati. Tetapi manusia boleh membuat kesilapan krn  memilih matlamat . Kita boleh percaya gak bahawa keseronokan fizikal dan memiliki perkara-perkara penting adalah perkara yang paling penting tentang kehidupan, dan apa yang membuatkan hidup kite bernilai tp kita cepat menjadi bosan. Kita akn hilang rasa harga diri. Kita berasa seperti kita hidup di bawah diri kita sendiri. kite tidak gembira malah percaya bahawa penderitaan adalah sia-sia.... ok yg kedua
adalah EGO Ini adalah jenis kebahagiaan yang tidak datang hanya dari perasaan yang baik , tetapi dari perasaan yang baik mengenai diri kita sendiri. Kami mendapat rangsangan ego apabila kita berjaya , kuat, dalam kawalan, dikagumi, popular, atau apabila kita memenangi pertandingan.ego ego ego haih...yg ketiga adalah sumbangan kepada orang lain. Ini adalah kebahagiaan yang datang daripada membuat perubahan kepada orang lain. Ia adalah kegembiraan yang kita dapat daripada melakukan apa yang betul dan baik. Kami gembira apabila kita tahu kita telah jujur ??, adil, penyayang, penyayang , belas kasihan , sabar, merendah diri, dan baik. Kita tahu bahawa kita telah membantu untuk menjadikan dunia yang lebih baik untuk orang lain

p/s :- Seorang manusia adalah makhluk fizikal dan rohani , yang dicipta oleh Tuhan, yang matlamat akhir adalah untuk mencari kebahagiaan dengan menerima cinta sempurna tanpa syarat Tuhan untuk selama-lamanya , dan dengan memberikan diri kita dari cinta kepada orang lain (walaupun ini memerlukan menderita ).
Read More

Monday, September 23, 2013

Teknologi Dan Kesannya

Dengan teknologi bukan saja dapat memudahkan kerja harian malah menjadi satu keperluan dalam hidup tapi dalam penggunaan teknologi ada jugak buruknye meh kita tgk baik dan buruknya

HANDPHONE -

Baik - memudahkan orang ramai berhubung dari jauh

Buruk - memudahkan orang ramai curang dengan pasangan dan memudahkan proses bercerai

LAMAN SOSIAL -

Baik - menyenangkan kita mendagat info terkini dan mencari kawan baru dan lama

Buruk - menyenangkan melihat gambar yang bukan2 dan mengumpat/mengutuk orang lain

RADIO DAN TV -

Baik - dapat info dan berhibur dengan rancangan yg disediakan n dpt mengurangkan tekanan dlm kehidupan

Buruk - terlampau byk disajikan dgn hiburan yg mengkhayalkan n melalaikan sehingga meruntuhkan akhlak

KENDERAAN -

Baik - melancarkan n mempercepatkan perjalanan n kerja harian

Buruk - byk jenayah dpt dilakukan n cepat menaikkan kadar kematian akibat memandu mcm pelesit

PERALATAN ELEKTRIK -

Baik - mempercepatkan kerja2 yg dilakukan

Buruk - membuatkan manusia makin malas semuanya pakai tekan je keh3x...

Read More

Friday, September 20, 2013

NAK KAYA CEPAT???

sapa2 rase nak cepat kaya cube la k,yelah nak harap duit dr nuff susah jugak kan len la kalau korang top top blogger duit pun masyukkk...dah puas join skim cepat kaya tapi masih belum kaya-kaya malah makin papa kedana?? Nak cepat kaya? Nak x? Ok2 cube care dibawah ni ok.....

SETIAP KALI KELUAR MAKAN DGN KAWAN2 JANGAN SESEKALI KORANG BAYAR,BUKAN KAWAN KORANG JE DENGAN KORANG PUNYA SENDIRI PUN JANGAN BAYAR - (perhh kalu dah hari2 xpyh byr save bajet 2 hahaha)

JIKA KORANG BUKAK KEDAI MAKAN...SETIAP KALI KORANG KIRA PASTIKAN HARGA BERBEZA-BEZA WALAUPUN BENDA YANG SAME - (rasa2nya kalu wat mcm ni agak2 tiap2 bulan tukar kereta keh3x mana x nya makanan yg same tp cas len2)

BUAT SEGALA MACAM JENIS KERJA DALAM SEHARI,NAK MAKAN PUN JANGAN BELI TAPI PERGI JE MANA2 KENDURI ATAU MAKAN FREE - (wat mcm ni tiap2 bulan2 mesti blh smpn punya duit korang haha)

MENGEMIS KAT BANK SATU HARI KALU DAPAT RM100 N KALU SEBULAN HAH X KE KAYA TOH...LUMAYAN 2 - (cubelah try kalu nak cari duit poket lebih hehe)

P/s : nak cari rezeki halal kat mane2 pun blh ye x? De x yg sanggup wat seperti diatas??? LUWAYANNNNN 2

Read More

Monday, January 24, 2011

Berkenalan Dlm Internet??Bhye? Hati2!!!

Assalamualaikum semua aku nak share skit pasal panduan ketika berkenalan dlm internet...jgn igt smue orang yang kita kenal dlm internet 2 smua yg baik yg nak cari kenalan baru je...ade yg just nak korek rahsia,melakukan jenayah...slalunye para wanita lah kebykkan yg tertipu dgn kenalan dr internet ni so hati2 la ek...ok jom bace list2 yg aku sediakan ni

1)Hati-hati dan bataskan
maklumat untuk dikongsi.
..yelah sukar utk kita menilai keikhlasan dan
hati budi rakan yang baru
dikenali di internet. Jadi bagi
mengelak menjadi mangsa,
eloklah berhati-hati dan jangan
kongsi semua maklumat diri...dlm dunia siber ni jgn percaye 100% ok!!
2)Jangan beri kepercayaan
penuh.
Ini yang paling penting coz dalam dunia
siber, ramai cenderung menipu dr berkata benar so kita perlu selalu berhati-hati
dalam menerima maklumat n
lebih-lebih lagi daripada mereka
yang menjadikan internet
sebagai alternatif mencari
jodoh.
..msk internet nak cr jodoh perhhhh mmg ade yg btl2 kot tp xsemua la tapi bg aku lah rasa nak tergelak plak yelah kdg2 rase kelakar je... Hai awak ade gf/bf belum? bg no tepun blh?
Hahahahaha klaka plak.....
3)Usah sandarkan harapan
tinggi.
Selalunya, dalam hubungan
maya, ramai cenderung
menampilkan diri mereka insan
terhebat. Bagi golongan mudah
terpedaya, mereka mula
menaruh harapan tinggi seperti
biarlah si dia kacak atau
berkedudukan...tapi
ramai yang hampa apabila
bertemu kali pertama di alam
nyata...JUST BE URSELF OK :)
4)Jaga etika berbahasa :-
Biarpun di internet budi
bahasa perlu dijaga. Hormati
orang lain dengan tidak
berbincang isu yang sensitif
atau tidak disenangi teman
maya. Selain itu, kita harus
mengelak membincangkan isu
berbaur negatif yang boleh
mencetus pergaduhan. Jika
terasa individu yang dilayan di
talian mencurigakan, abaikan
saja makin dilayan makin menjadi2 kui3x
5)Berhati-hati apabila memuat
turun foto :-
Banyak yang kita peroleh
daripada kes pencerobohan
laman web termasuk yang
membabitkan penyebaran
gambar orang lain..so berhati-hatilah la ek terutama kaum wanita

P/s :- kpd c dia kalau blh jgn up pic byk2 ok :) .....ohya kalau blh korang privatekan pic korang alah letak satu je pic dah cukup btl x tp jgn ltk pic org len plak xbaik menipu hahaha
Read More

Thursday, January 20, 2011

Perogol Siber?? Berjaga-jaga??

Assalamualaikum semua en3 aku kali ni tentang PEROGOL SIBER mesti korang pelik kan mcmne lak nak rogol kalu dlm dunia siber...Ia bukan perkara baru namun ia
juga tidak pernah selesai. aku just nak bincangkan soal Internet, pengguna akan lebih menghubungkannya dengan jenayah penipuan atau gejala sosial lain.Malah, ia menjadi tempat baru untuk perogol yang mencari
mangsanya dengan lebih tersusun dan kurang berisiko.Perogol skrg dah moden beb bukan je melepak di
tepi jalan dan menunggu mangsa je tp dah bertukar menjadi jenayah tersusun apabila perogol2 mengkaji sifat mangsanya terlebih dulu sebelum bertindak.Perbuatan itu lebih senang dilakukan jika perogol berkomunikasi secara maya tanpa perlu mendedahkan identiti terutama wajahnya terlebih dulu memandangkan proses hubungan itu memerlukannya mencungkil seberapa banyak maklumat sebelum menjerat mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa. Gejala ni dah lame berleluasa sehingga skrg dgn perkembangan Internet yang
berleluasa sedikit sebanyak memberikan perogol idea baru mencari mangsa mereka. Internet menjadi sebahagian hidup terutama golongan muda kini. perogol menggunakan Internet yang mensasarkan kanak-kanak atau remaja sebagai mangsa mereka. Kebanyakan lelaki dewasa menggunakan Internet untuk
mengganggu kanak-kanak atau remaja sehingga mengajak mereka melakukan hubungan seks. Ia berlaku sejak zaman Internet mula diperkenalkan lagi. perogol siber menggunakan pelbagai perkakasan komunikasi dalam Internet seperti mesej ringkas, e-mel atau laman sembang untuk berjumpa dan memulakan hubungan intim dengan mangsa. kebanyakan kes risiko serta bahaya terutama kepada kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan antara palsu dan kebenaran. Internet boleh menjadi perantara yang cukup mudah untuk penipu mahupun perogol melakukan jenayah. Kalu wanita dewasa mungkin blh membezakan antara palsu dan
benar juga boleh tertipu,ni plak kanak2 or remaja So utama yang perlu ditekankan ibu bapa kepada anak ialah tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang asing atas alasan apa sekalipun. Maklumat ini termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, nama sekolah atau alamat e-mel serta nama orang lain termasuk ahli keluarga.

P/s : kepada yg ade adk or anak2 remaja 2 cpt2 bgtau diaorang pasal hal ni...bertindak sebelum terlambat...selamatkan anak bangsa kita !!
Read More

Wednesday, January 19, 2011

Kasihan Lelaki Xensem...Hurmm

Assalamualaikum semua en3 petang ni berkenaan pandangan perempuan(pendapat je k) terhadap lelaki x encem n lelaki ensem...emm wahai lelaki korang tergolong dalam kategory yg mana? Ensem or X? Biar xensem asal baik ati, bia xensem asalkan jujur, ensem saje xgune gak kalu yg len hancurr waaa start mengarut dah aku neh ok2 jom usha2 hehe

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap :- woow,
cool giler...
Kalau lelaki tak handsome
pendiam
Perempuan akan cakap :- eh
perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat
jahat
Perempuan akan kata :- nobody's
perfect
Kalau lelaki tak handsome
berbuat jahat
perempuan akan cakap :-
memang.... muka pun macam
pecah rumah!

Kalau lelaki handsome
menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap :-
wah.. machonya.. macam hero
filem!
Kalau lelaki tak handsome
menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata :- entah2
kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat
perempuan cantik
perempuan akan kata :- sepadan
sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat
perempuan cantik
perempuan akan kata :- mesti
kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal
kekasih
perempuan akan kata :- jangan
sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome
ditinggal kekasih
perempuan akan kata :-
(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah,
patutlah, tengok saja
luarannya)...

Kalau lelaki handsome
penyayang binatang
perempuan akan cakap :
-
perasaannya halus...penuh kasih
sayang
Kalau lelaki tak handsome
penyayang binatang
perempuan akan cakap :- sesama
keluarga memang harus
menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa
BMW
perempuan akan cakap :
-
matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa
BMW
perempuan akan cakap :- bang,
bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau
bergambar
perempuan akan cakap :- pasti
takut kalau2 gambarnya
tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak
mau bergambar
perempuan akan kata :- tak
sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang
air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap :- ini
barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome
menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap :- naluri
pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih
hati
perempuan akan cakap :- let me
be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome
bersedih hati
perempuan akan kata :- kuat
nangis!! lelaki ke bukan ni?

P/s :- wa xensem waaaaaaaaaaa
Read More
© KyLe RiL All rights reserved | Theme Designed by