Sunday, October 6, 2013

Gejala Sosial!!!


Assalamualaikum semua...wa mau share skit pasal masalah sosial dikalangan remaja pada masa sekarang...masalah sosial berlaku di kalangan remaja kini seperti pergaulan bebas mereka sanggup melakukan apa saja tanpa memikirkan batas budaya dan agama malah paling membimbangkan, masalah hubungan seks luar nikah yang sudah menjadi amalan biasa remaja kini emm mcm2 yg berlaku skrg ni kan adehh n masalah lain seperti bunuh diri, buang bayi dan pelacuran
menyebabkan generasi remaja akan datang hilang pedoman serta terus terumbang-ambing....mungkin jugak faktor2 berlaku hubungan seks luar nikah adalah kesulitan untuk bernikah secara betul dan mengikut prosedur ditetapkan.Disebabkan terikat dengan prosedur, sesetengah remaja mencari jalan mudah dengan melakukan hubungan seks luar nikah... Pe langkah2 terbaik untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan masalah ini? Ada dua persoalan iaitu

1)permasalahan sosial remaja
2)urusan pernikahan

Dalam negara kite peraturan pernikahan yg disyaratkan bertujuan supaya perkahwinan umat Islam dilaksanakan mengikut hukum bertujuan membina kesejahteraan pasangan yang akan dan sudah
berkahwin nanti manakala peraturan ini amat wajar dihormati. Masalah sosial di kalangan remaja memang berlaku dan menjadi kerisauan umum kerana mereka pewaris bangsa amat penting remaja kita cemerlang Tapi kite xleh menyalahkan remaja 100%sbb masalah sosial remaja bukan berlaku tanpa sebab. Faktor berlakunya masalah sosial remaja ada pelbagai dan amat wajar ditangani, remaja berada dlm golongan umur yang memerlukan bimbingan. Masalah len akan timbul dr kesan negatif seperti membunuh diri,
buang bayi dan pelacuran. Masalah len jugak berpunca daripada ke
pincangan didikan agama dan keruntuhan didikan moral.Kegagalan institusi keluarga memainkan peranan sebagai contoh yang baik dan semakin mengheret remaja jauh daripada kebenaran n kesedaran. Remaja perlu disediakan dengan pengukuhan sistem kekeluargaan yang menitikberatkan pengukuhan nilai murni pada peringkat awal
lagi. Pembangunan nilai berasaskan agama, persediaan memasuki alam remaja dan ketahanan diri menghadapi pergolakan sosial perlu ditanam dalam institusi keluarga. Selain 2 sekolah, rakan sebaya,
masyarakat dan media massa juga berperanan dalam membina jati diri remaja.

P/s :- Emm marilah kita sama2 berusaha
keras utk melindungi dan
memayungi diri remaja serta
membantu mereka mencari arah
untuk meniti kejayaan
cemerlang pada masa hadapan.
KyLeRiL :-

No comments:

© KyLe RiL All rights reserved | Theme Designed by