Friday, December 24, 2010

Mengapa Wanita Suka Merajuk?

Soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.

13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.
KyLeRiL :-

11 comments:

aki.tilu said...

cam x btul jeh! :)

KyLe said...

@aki.tilu
pe lak xbtl hehe btl la 2 keh3x

aki.tilu said...

mne kyle dpt "faktA" tuh?
15 fact show only 1 thing, which is "girl annoying, sbb tu suka majuk" hahaha

KyLe said...

@aki.tilu
keh3x setiap satu yg diatas de maksud yg tersirat n tersurat hehe...cari lam kamus r aki hahahaha

Safuraa Abdul Rashid said...

hehehe..memang girl kuat merajuk..
mengaku tu..
hehe..tapi perempuan zaman sekarang berdikari..xda harapkan boy dia..sbb kbyakkn boy suka girl berdikari..
boleh bergerak atas kaki sendiri..melainkan dh kahwin, bila wife get pregnant, hubby kenalah teman pergi medical check-up tiap bulan..tu je yang wife harapkan..kalau x, merajuk pembawakan budak lg teruk..hehe..alamat selamanya tido luar..hehe..

Rara Farah said...

no.2 tu betul kot..hehe..ade kot la pulak

KyLe said...

@Rara Farah

la knp no2 je farah hehehe a`ah kan de lak men kot2 haha

KyLe said...

@Safuraa Abdul Rashid

haha ngaku pon hehe mmg boy suke kalau girl 2 berdikari sendiri n sbgai boy kn la jugak bg support tol x :)

Qaseh dalia adelia said...

xsuka merajuk pun macam gurl je merajuk2 ni haha

neni izazi said...

girl suka merajuk sebab dia tahu boy yang ada kt sebelah dia tu suka memujuk...thats what we col in love..biasa la klu girl yang merajuk manja tu..tp paling xbest klu lelaki merajuk...hilang macho..jadi 10 sen..he..he..ops..terlebih suda..

Nur Syahirah Hainan said...

merajuk itu best....

© KyLe RiL All rights reserved | Theme Designed by