Wednesday, January 5, 2011

Nilai Sepuluh Ringgit

Seorang bapa pulang ke rumah
dalam keadaan letih disambut
oleh anak lelakinya yang berusia
tujuh tahun di muka pintu.
“Ayah, boleh tak Amin tanya
satu soalan?”
“Ya, nak tanya apa?”
“Berapa pendapatan ayah
sejam?”
“Itu bukan urusan kamu. Buat
apa nak sibuk tanya?”
“Amin saja nak tahu ayah.
Tolonglah bagi tahu berapa ayah
dapat sejam bekerja di
pejabat?”
“20 ringgit sejam.”
“Oh…” kata si anak sambil
tunduk menekur lantai.
Kemudian memandang wajah
ayahnya semula sambil
bertanya, “Ayah….boleh tak
Amin pinjam sepuluh ringgit
daripada ayah?”
Si ayah menjadi berang dan
berkata, “Oh, itu ke sebabnya
kamu tanya pasal pendapatan
ayah? Kamu nak buat apa
sampai mintak sepuluh ringgit?
Nak beli barang mainan lagi?
Jangan nak membazir. Ayah
kerja penat-penat bukan untuk
buang duit sebarangan.
Sekarang pergi balik ke bilik dan
tidur, dah lewat dah ni…”
Kanak-kanak tujuh tahun itu
terdiam dan perlahan-lahan
melangkah kembali ke biliknya.
Si ayah duduk di atas sofa dan
mula memikirkan mengapa
anaknya yang kecil itu
memerlukan duit sebanyak itu.
Kira-kira dua jam kemudian si
ayah kembali tenang dan terfikir
kemungkinan anaknya benar-
benar memerlukan duit untuk
keperluan di sekolahnya kerana
anaknya tidak pernah meminta
wang sebanyak itu sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah si
ayah melangkah menuju bilik
anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum
tidur. “Kalau kamu betul-betul
perlu duit, nah ambillah sepuluh
ringgit ini,” kata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun
dan tersenyum girang. “Terima
kasih banyak ayah,” katanya
begitu gembira. Kemudian dia
tercari-cari sesuatu di bawah
bantalnya dan mengeluarkan
sekeping not sepuluh ringgit
yang sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah
kembali berang. “Kenapa kamu
mintak duit lagi sedangkan
kamu dah ada duit sebanyak
itu? Dari mana kamu dapat duit
di bawah bantal tu?” Jerkah si
ayah.
Si anak tunduk tidak berani
merenung wajah ayahnya.
“Duit ini Amin kumpul dari
belanja sekolah yang ayah beri
setiap hari. Amin minta lagi 10
ringgit sebab duit yang Amin
ada sekarang tak cukup,”
jawab si anak perlahan.
“Tak cukup untuk beli apa?”
soal balik si ayah.
“Ayah, sekarang Amin sudah
ada 20 ringgit. Ayah ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari
masa ayah. Amin nak makan
malam bersama ayah,” jawab
si anak tanpa berani
memandang wajah ayahnya.
Baru si ayah benar-benar faham
maksud anaknya itu….

P/s : akibat terlampau sibuk anak2 kat umah pun terlupe adehh mcm2 skrg ni
KyLeRiL :-

6 comments:

Unknown said...

sob..sob.. T_T

gadis kepastian said...

aaauuuuwwww terharunya,...!!

Unknown said...

@Ieda Al-Habsyi
hehe sob sob gak.....cube2lah luangkan masa dgn org tersyg

Unknown said...

@gadis kepastian
emm tulah yg terjadi pd org disekeliling kita yg tau keje keje n keje

Unknown said...

sian kt amin,,
huhu,,,

scha cha said...

besh gilerr citer nie..
sian kat c anak..!!

© KyLe RiL All rights reserved | Theme Designed by