Monday, October 14, 2013

KEKURANGAN BUKAN ALASAN

Esokkkk raye huhu wa xblik kg uwaaaaaa tp xpe coz wa beraya umah akak (PUNCAK ALAM) terubat gak ati keh3x....membe lak col ajak lepak  RAWANG jap rase mls nak drive pon ade maklumlah wa br blik kje mlm huhu tido pon x lagi ni mau terbeliak mata wa skrg..tgk2 jam dah kul 12 nak tido pekejadahnye makan pon x lg adoiiiii de bini kan senang leh tlg masakkan ye x....sementara gah online ni bek wa u en3 skit so trimelah persembahan dr wa....
tgk duk menung tetibe rs nak up something so layan je la en3 pendek ni hahaha...ceritanye bermula begini.......
nok kabo skit neh x semua orang yang berjaya  memiliki kesempurnaan sebelum mencapai kejayaan tanpa sebarang usaha
Ada gak  di antara mereka mengalami kekurangan fizikal tetapi masih mampu mengukir nama di dalam  sejarah sebagai orang yang berjaya.
Dengan ilmu yang ada mereka terus memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Jelas sekali bahawa mereka tidak pernah merasakan ada kekurangan pada diri mereka but mereka terus berbakti memenuhi kekurangan orang lain melalui curahan ilmu pengetahuan. tapi tah knp orang yang sempurna fizikal selalunye merasakan dirinya serba kekurangan???
banyak masa dihabiskan hanya untuk merintih dan menangisi kekurangan yang dirasakan.
So masalah seperti kesihatan, kewangan, perhubungan, status dan peribadi diri hanyalah penghalang sementara yang boleh dirobohkan.
Harus kita ingat juga bahawa ramai orang terkenal yang telah mencapai kejayaan dalam hidup ini tidak mempunyai pelajaran yang tinggi tapi masih mampu berbakti kepada orang lain. Mereka semua telah berjaya kerana mereka menjalani kehidupan ini dengan penuh gigih, tabah n yg penting xmudah berputus asa.
Satu sebab lagi, mereka tidak mengukur kejayaan hidup ini dengan harta dan kedudukan semata-mata tetapi mengukur kejayaan hidup dengan ketenangan jiwa serta keredhaannya menerima takdir yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. Terimalah siapa diri kita seadanya nescaya ketenangan dan kebahagiaan itu pasti datang.

KyLeRiL :-

3 comments:

Yanty Lee said...

Kalau semua orang boleh terima kekurangan kita dan tak memperlekehkan. Miracle.

Mawardi yunus said...

ramai orang gunakan kekurangan tu untuk alasan. huhu. perkara paling mudah untuk larikan diri dr masalah

Adi Junaidi said...

hormat orang perkaa yang sangat senang tapi manusia ni ego...

© KyLe RiL All rights reserved | Theme Designed by