Saturday, October 12, 2013

SURAT DARI IBLIS




Hai manusia yang kucintai, Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu.Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air, ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan
tak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang di beri ALLAH kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk
menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan DUNIA. Aku
lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan
ASSALAMUALAIKUM,,,Engkau mengucapkan 'Hi Everybody! ' Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang KAFIR dan engkau mengerti bahasa INGGRIS. Tak perlu engkau belajar membaca bahasa ARAB kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahwa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Duhai
manusia, Di sepanjang RAMADHAN ini, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, merintih ku kesakitan, bila setiap kali ku lihat HAMBA-HAMBA-NYA yang penat BERPUASA di siang hari dan menghabiskan waktu malam dengan BERTARAWIKH, BERDZIKIR dan merintih mengenang DOSA-DOSANYA yang lepas
sambil menunggu LAILATUL QADAR, kerana pintu TAUBAT telah dibuka oleh ALLAH
dengan SELUAS LUASNYA,,,Namun, aku tetap gembira kerana ada diantara kalian yang masih sudi menjadi temanku,,,melepaskan peluang RAHMAT ALLAH dengan mengucap
perkataan yang sia-sia, MENGUMPAT, tidak BERTARAWIKH, malah mencipta PERSeNGKETAAN,,,Aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali,,,cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku disepanjang BULAN yang diRAHMATI ini,,,Di AKHIRAT nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANAM,,,

(Dari
sahabatmu yang tercinta:
IBLIS LAKNATULLAH)

EMM PERINGATAN UNTUK KITA
SEMUA JANGAN KITA LALAI
WALAU SEDIKIT PUN......
KyLeRiL :-
© KyLe RiL All rights reserved | Theme Designed by