Saturday, October 26, 2013

Tambat Hati Wanita??? Fahami Wanita..Kenali Wanita






Assalamualaikum semua en3 wa ni sedikit berbunga dari en3 yg wa post rase2nye keh3x... ehemmmmmm....wa just nk skit care2 utk tambat hati wanita n mungkin berguna utk korang cube2 lah ek ekeke...semua perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi tol x. so  tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai- itulah PEREMPUAN.
Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati korang. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri korang dan diperlukan tapi jangan korang ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka perempuan ni sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya korang wat ’surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.
Perempuan ni terkenal dengan sifat manjanya diaorang sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan korang walaupun mereka mampu melakukannya tapi janganlah plak korang menolak sekiranya korang tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu hahahaha. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka. Jangan lak  kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. aku pantang tol kalu de laki yang just penting diri sendiri tanpa memikirkan perasaan perempuan cubalah memahami keinginannya dan kemahuannya.
Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada korang. Jadi korang kenalah peka dan gunakan kepakaran korang untuk memenangi hati mereka. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka jgn xtau plak adehh rase panjang wa dah membebel neh kalu de nak tambah sila2 k

p/s : - hari ni hati wa rase berbunge2 jah ekeke..jgn ade yg berdaroh idung pas bc en3 ni dah la ye
KyLeRiL :-

2 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

betul tuuu.. hehehehhee

Jot said...

Peh nampak mat bunga lah

© KyLe RiL All rights reserved | Theme Designed by